Sunday, September 11, 2011

NAMO TOMPEK KEK N9 LM BAHASO AMERICA...

NAMO TOMPEK KEK N9 LM BAHASO AMERICA... HAHAHA


American/English names of Places in Negeri Sembilan .....
by Sam Rarespecies

Kolopilah (Kuala Pilah) = California
Senanti (Sri Menanti) = Cincinatti US
Terachi  = Tennesse
Kg Mompeh, Terachi  = Memphis, Tennessee
Bukit Rokan = Rock n Roll Hill
Bukit Rokan Utara = Rock n Roll Hill North..
Felda Bukit Rokan  = Rock n Roll Hill Ranch
Air Terjun Ulu Bondul = Upper Boundall Waterfalls
Dangi = Dallas
Serting Hilir = Lower Skirting
Serting Ulu = Upper Skirting
Kg Jiboi , Ampangan = G-Boy Ville
Kg Mertang, Sri Menanti = Mustang Ville
Kg Galau, Sri Menanti = Gallow Ville
Mantin = Montreal
Sendayan  = Sunderland
Joseh (Juaseh) = St.Jose
Jempol = St.Jamespool
Kg Sikai near  Ulu Pilah  = Sky Ville, Upper Pilahdelphia
Tengkek = Texas
Sawah Lebar = Sao Poulo
Batu Kikir = Kentucky US
Kg Tongah, Sri Menanti (kg den) = Tonga Ville aka Centerville
Kg Gamin, Sri Menanti = St Germain Ville
Pokan Senaling = Snarling Townville..
Felda Kepis = OK Peace Ranch
Felda Palong 5 = Poland Ranch Version VI
Sungai Lui = St. Louis
Sungai Dua, Kolopilah = St. David
Sungai Kelamah = St. Clement
Terentang. Jolobu = Toronto
Pasir Bosar = Pittsburg
Jolobu = Johannesburg
Simpang Poghotang = St. Petersburg
Senawang = Southampton
Nilai = Nile a.k.a. Value
Rembau = Rainbow City
Air Itam = Blackburn UK
Lukut = Lancaster UK a.k.a Look out
Mambau = Miami a.k.a. Mambo
Ampangan, Sban = Amsterdam
Pedas = Perth
Paroi  = Paris
Moncheh (Gemencheh) = Manchester
Melang, Kolopilah = Melbourne
Tanjung Ipoh = Capetown
Bahau =  Bahamas a.k.a. Birmingham
Tampin = Tampinese
Astana Raja, Rembau = Aston Villa
Kg Jumbang, Sri Menanti = James Bond Ville
Kota,  Rembau = New Castle
Bukit Putus  = Brutus Hill
Bukit Tangga, Jolobu = Staircase Hill
Gomeh ( Gemas) = Gourmet
Kg Londah, Gemas = London
Seremban  = Sunburn City
Kg Geduhom, Dangi = Got to go Home
Kg Bemban = Brisbane
and last one .....
Si Rusa PD = Oh My Deer

Cedit utk:


Thursday, May 26, 2011

Citra budaya adat perpatih



RUMAH di Negeri Sembilan yang sarat dengan ciri seni bina Minangkabau.


NEGERI SEMBILAN sememangnya dikenali dengan adat perpatih iaitu satu sistem unik berhubung undang-undang adat dan kekeluargaan hinggakan penduduk asal negeri itu memiliki identiti yang tersendiri.
Adat perpatih yang berasal dari Minangkabau, Indonesia sejak abad ke-14 terus diamalkan sehingga ke hari ini. Malah, kebanyakan bangunan di negeri itu mempunyai bumbung berbentuk Minangkabau.
Negeri itu juga menjadi tumpuan suku adat bagi setiap daerah, adat beraja sehingga kepada pelbagai jenis makanan.
Sehubungan itu, program Citra Budaya Perpatih Negeri Sembilan 2011 yang diadakan selama tiga hari baru-baru ini berjaya memartabat dan memperkasakan adat perpatih dalam kalangan masyarakat di Negeri Sembilan.
Pelbagai aktiviti kesenian dan adat diadakan sempena program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan. Ia mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.
Program tersebut bukan sahaja mempopularkan budaya masyarakat pengamal adat perpatih Negeri Sembilan, malahan memperkenalkan keunikan adat itu kepada orang ramai khususnya generasi muda dalam memastikan keunikan Adat Perpatih terus diamal dan diwarisi.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan, Mohamed Adnan Hamzah berkata, sepanjang program itu berlangsung orang ramai berpeluang menyaksikan persembahan kesenian, pameran, demonstrasi dan seminar di beberapa tempat terpilih di bandar itu dan Kuala Klawang, Jelebu.
Program Citra Budaya adalah kesinambungan atau lanjutan daripada program Festival Kesenian Tradisional Malaysia yang dilaksanakan dengan jayanya pada tahun-tahun yang lepas.
Pertukaran nama itu dibuat selaras dengan perubahan format program ini yang diberi nafas baru.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan etnik, kepelbagaian warna kehidupan masyarakat boleh dilihat melalui kesenian dan budaya yang sarat dengan nilai estetika.
Tarian piring

ATAS: Lebih 1,000 pelajar pelbagai kaum terlibat dalam tarian piring.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, negara itu kaya dengan tradisi lama yang boleh dicungkil kembali dan jika dipersembahkan menerusi kegiatan seni budaya, mampu menguatkan jalinan antara kaum di semua peringkat.
“Kita merasakan bahawa luak dan daerah adat dapat kita satukan dalam satu himpunan citra rasa ke arah tradisi kita. Kita juga mahu mencungkil perasaan cinta kepada budaya dalam kalangan anak-anak kita,” katanya.
Daripada pelbagai persembahan pada Citra Budaya Adat Perpatih Negeri Sembilan 2011 itu, persembahan tarian piring yang disertai 1,000 pelajar Melayu, Cina, India, Sikh dan Orang Asli telah menarik perhatian ramai.
Malah, persembahan itu mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai tarian piring yang paling ramai peserta.
Tarian itu memerlukan penarinya menari mengikut alunan rentak tari yang memerlukan mereka memegang dua biji piring pada tapak tangan masing-masing dalam persembahan selama empat minit.
Selain tetamu kenamaan, turut terpukau dengan persembahan tarian piring itu ialah kira-kira 3,000 orang penonton yang sesetengahnya menghampiri pentas untuk melihatnya dengan lebih dekat.
Turut mengambil bahagian dalam program itu ialah Kumpulan Kesenian Aswara, Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan, Melaka, Perak serta Kumpulan Permanis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kumpulan kesenian badan budaya dari Sumatera Barat dan Bukit Tinggi, Indonesia juga mengadakan persembahan pada program itu. – Bernama

Thursday, May 19, 2011

Penawar Batu Karang Hempedu

Dari Blog Luv Of My Life:

http://posh76.blogspot.com/
 

Penawar Batu Karang Hempedu

Salam pagi Jumaat
Hari baik2 ni nak ler berkongsi dgn u all pasal
penyakit batu karang yer
kot2 ada yang mencari2 perubatan tradisional
meh sini I nak share
mende2 baik ni kita kena kongsikan bersama

Pagi2 buta sebelum suboh dah tercongok kat sini
bukan aku yang sakit temankan ajer
sebab kesian sakitnya dah teruk sgt
sampai nak kena buat operations
So sebagai mencari alternatif lain tak salah rasanya kalau nak mencuba
rawatan tradisional
cuma aku tekankan kat sini
kalau bomoh yang pakai jampi serapah contoh cam kemenyan tu sorilah
dah sah2 aku sendiri pun tak percaya
khurafat lagi
(baru jer feeling2 nak bodek Mr Y pi tengok citer khurafat..tp ada blogger kata tak serem punnn...cancell)

So kalau korang pi sini tak perlu bawa air...botol
beli jer kat sini...yang besar tu harganya RM4...so kami beli dua
sebab apa aku explain kat sini sebab blogger yang explain kat aku kata kena bawak air + botol
rupanya tak perlu...ambil jer air kat sini..
lagi satu yang bagusnya kat sini tak yahler susah nak bawak kat tuan hj tu air untuk dijampi
sebab air tersebut dah siap dibaca dgn ayat2 suci alquran...
boleh buat minuman harian..

Senang ambil jgn lupa tulis nama..lepas tu boleh letak kat kereta

Punyala ramai orang sanggup menunggu pagi2 lagi...
jgn risau kalau sampai awal boleh tumpang solat subuh kat sini...tempat disediakan
kalau kata datang dari jauh siap ada homestay
pilih jer harga dari RM50 - RM150
tapi aku balik hari jer...dekatkan

Masa aku sampai dalam pukul 5 pun dapat nombor yang ke 69
sabo jerler
tapi alhamdullilah allah permudahkan urusan kami
turun ker 59
kemudian dek sebabkan keramahan aku
wah!!! nak jugak
turun lagi
ke - 48 alhamdullilah...
kalau tak mau sampai ke petang kitaorg menunggu

Alhamdullilah sebelum pukul 12pm selesai sudah.....
sini kalau bosan2 menunggu tempat makan pun ada
tapi jgn terlepas nombor sudah kenala pi ambil balik yer
Inilah tanda tempat nak masuk tu...
Dah lama tuan haji Jamil ni mengubat orang
lebih kurang 15 tahun....

Ini salah satu landmark nak ke rumah tuan hj tu...gerai nasi ayam
lepas tu akan nampak banglo 2 tingkat
sampai jer kat situ ada tempat parking bayaran RM2
kereta mmg tak boleh masuk...kena jalan kaki dalam 200 meter
insyallah kalau blur2 cam kami
ikut jer nampak orang ramai confirm tulah rumah tuan haji

Sebelum nak masuk simpang tu akan nampak rumah kedai
kaler biru ni

Nilah dia rupa batu karang hempedu yang dikeluarkan
melalui rawatan tradisional
besar jugak....tuan hj tu cakap nasib baik dapat dikeluarkan cepat kalau tak mungkin akan jadi lagi teruk

Simptom
  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen....rasa sakit mungkin akan berlanjutan 1 - 2 jam selepas makan & juga pada waktu malam
    dan pada waktu2 tertentu akan menular ke belakang atau bahu kanan.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.
Alhamdullilah setakat ni dah sihat.....cuma tuan haji tu ada sebut kalau tak pantang makan daging..kemungkinan penyakit ini akan berulang semula....
& dia juga ada advise suruh follow up lagi dgn doktor...

Tuan hj tak letak apa pengeras atau bayaran yer
ikhlas berapa ringgit pun nak bayar

Tuesday, May 17, 2011

Bandar 'hilang'



JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.


Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
2011/05/18

Saturday, May 14, 2011

Perihal Orang Muda: Profesion guru bukan 'main-main'



Faktor gaji, beban kerja luntur minat

KUALA LUMPUR: Profesion perguruan yang pernah menjadi pilihan graduan atas faktor gaji dan waktu bekerja kini bukan lagi suatu tarikan kepada anak muda berikutan perubahan gaya hidup sosial mereka.

Berdasarkan maklum balas diterima daripada rakan laman sosial Facebook Berita Harian, rata-rata anak muda menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan kedua atas faktor gaji dan bebanan tugas.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata faktor subjek pembelajaran dari peringkat sekolah hingga institusi pengajian tinggi (IPT) yang lebih menumpukan kepada jurusan sains gunaan dan teknikal juga menjadi punca anak muda kurang berminat berminat menjadi guru.


“Untuk menjadi seorang guru, mereka harus dididik dengan sains sosial tapi kebanyakan golongan muda kini menganggap sains sosial sebagai satu jurusan yang membosankan.

“Orientasi hendak menjadi guru perlu ada elemen sosial dan artistik yang tinggi. Tapi anak muda kini lebih berminat kepada perkara yang bersifat realistik seperti penerokaan dan penciptaan,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Dr Mohd Fadzil berkata, elemen persekitaran juga menjadi faktor utama dalam proses memilih kerjaya di mana hubungan anak muda dengan kerjaya guru dilihat terlalu pasif dan reaktif.

“Golongan muda tidak jelas mengenai kerjaya yang bakal mereka hadapi kerana tidak diterapkan secara langsung atau tidak langsung sejak alam persekolahan.
“Jika kita lihat sebagai contoh, di sekolah guru akan beritahu murid kena rajin belajar baru boleh menjadi peguam, doktor atau jurutera. Mungkin hanya 10 peratus guru yang memberi galakan supaya anak muridnya menjadi guru,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata profesion guru bukan satu kerjaya ‘main-main’ kerana kriteria paling penting ialah individu itu perlu mempunyai minat dan sikap kasih terhadap kanak-kanak.

“Kementerian akan memilih calon yang layak untuk menjadi seorang guru walaupun tidak dinafikan ramai memohon. Maka semakin banyak kerenah yang perlu dihadapi. Jika hendak tanam minat dan cinta ini tapi hati tidak ikhlas, susah juga.

“Kita perlu didik perlahan-lahan kerana tidak semestinya jika hari ini menjadi guru, hari ini perasaan cinta terhadap kerjaya itu timbul. Jika hanya kerana desakan kerjaya dan tidak boleh memupuk perasaan itu, baik usah menjadi guru,” katanya.

Artikel Dari:

Friday, May 13, 2011

Samseng guna Facebook rekrut ahli baru

2011/05/14

RAKYAT Malaysia menghabiskan masa paling banyak di Facebook, iaitu sembilan jam seminggu. Facebook juga laman sosial paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia yang mempunyai lebih 10 juta pemilik akaun itu. Jumlah ini dijangka melebihi 20 juta pada 2012. Pengguna Facebook di Malaysia juga paling aktif di dunia.

Menurut Agence France-Presse (AFP), kajian terbaru menunjukkan 7.5 juta daripada 20 juta pengguna Facebook di dunia berusia kurang 13 tahun dan sejuta daripada mereka pernah dibuli, diganggu atau diugut di laman sosial ini.

Kajian itu menunjukkan lebih lima juta pengguna Facebook berumur 10 tahun atau lebih muda. Kebanyakan mereka dibenarkan melayari Facebook tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih lima juta isi rumah di Amerika Syarikat pernah menjadi mangsa penyalahgunaan Facebook termasuk jangkitan virus, pencuri identiti dan buli.

Walaupun tidak ada statistik di Malaysia mengenai mangsa penyalahgunaan Facebook di Malaysia, hasil kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang mendapati lebih 80 peratus daripada 500 pelajar mempunyai akaun Facebook, termasuk yang berusia tujuh tahun.

Tinjauan mendapati 58 peratus responden mempunyai pengalaman menakutkan, menjijikkan atau membimbangkan menerusi internet. Ada kes gengster menggunakan Facebook sebagai platform untuk mengajak pelajar menjadi ahli. Mereka juga menganjurkan acara perlumbaan haram, menggunakan gambar selebriti terkenal untuk menarik perhatian orang lain mengunjungi laman sosial mereka.

Kumpulan ini biasanya menyasarkan pelajar sekolah menengah dan menawarkan perlindungan kepada pelajar yang menjadi ahli.

Berapa ramai antara mereka yang melayari internet di bawah pengawasan ibu bapa? Adakah keluarga mengetahui apa yang anak mereka melakukan di internet ataupun masalah anak menghadapi ketika menggunakan internet?
Ibu bapa perlu sentiasa mempertingkatkan pengetahuan isu semasa berkaitan keselamatan internet. Komputer dan perkhidmatan internet patut diletakkan di ruang terbuka, bukan di bilik tidur anak.

,b>YU KIN LEN,
Pusat Penyelidikan
dan Sumber Pengguna.

Sunday, May 8, 2011

Asal usul Hari Ibu..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/