Sunday, November 21, 2010

Zidane 'kembali' bersama Real Madrid

MADRID: Lagenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane menyatakan kegembiraannya apabila kembali semula bersama Real Madrid - kelab yang pernah melonjakkan namanya di persada bola sepak dunia antara 2001 dan 2006.

Pemain Terbaik FIFA sebanyak tiga kali itu hari ini akan memulakan tugasnya sebagai penasihat kepada Presiden Real Madrid, Florentio Perez mengenai hal-ehwal skuad utama kelab itu.

“Saya gembira dan teruja apabila dapat kembali bersama kelab dan pasukan ini," kata dalam satu temubual yang disiarkan dalam laman web Real Madrid, semalam.
“Ia bukannya jawatan baru tetapi satu tugas penting yang perlu saya lakukan. Saya akan cuba bekerja dengan lebih rapat dengan presiden dan skuad ini," katanya.

“Saya akan bergaul dengan pemain dan bersama mereka skuad untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah serta ketika sesi latihan di pusat latihan Valdebebas," katanya.

Khidmat Zidane itu menyaksikan dia akan bekerjasama dengan jurulatih Real, Jose Mourinho dan Mourinho turut mengalu-alukan kehadiran Zidane. - AFP

Wednesday, November 17, 2010

Kenduri Kendaro Maso Dulu

Tak lamo laie musim cuti sekolah, ghamai yang buek kenduri, ado yg nikah dan ado juo bdk2 bersunat. Den ghaso terpanggil nak berkongsi cerito bab kenduri ni, den peratikan skrg ni kalau org buek kenduri perabih sampai berpuluh ribu ringgit. Kasar botul belanjo buek kenduri skrg ni, tak mcm dulu kalo. Dulu kalau tumbang lombu sekor dah kiro mewah la kenduri tu..

Topik yang den nak cerito ni pasal kenduri dulu kalo,kenduri dulu kalo ni mmg cukup meriah. Apo tak meriah eh, buleh dikatokan 1 kampung bergotong royong menjayokan kenduri tersebut. Dari awal sampai la tertangkup eh periuk belango. Semuo orang ado kojo masing masing, takdo yg terkecuali doh.

Pekaro utamo kalau nak buek kenduri kendaro ni iolah sesi menjomput. Sesi menjomput ni ado berapo bahagian. Sesi menjomput Buapak, sesi menjomput sanak sedaro dan sesi menjomput orang-orang Kampung. Sesi menjomput ni dilakukan oleh tuan rumah yg nak buek kenduri tu, maso tu lum ado laie kad jomputan, kok ado pun utk golongan yg berhormat ajo yg dapek. Kalau Buapak tu kono bertepak sireh menjomput eh, manokalo penduduk kampung lak kono poi dari sebuah rumah ko sebuah rumah bagi menjomput. Den ponah lah ikut Omak dgn Ayah den dulu menjomput, mak aii.. kombong porut dek minam air, bukan buleh nak jompot kek pintu pagar jo doh, kono naik rumah minam air tea o segelas baru buleh bgtahu tujuan dtg.

Selopeh buek jomputan akan diadokan sesi berkampung, maso ni la orang-orang kampung akan bergotong royong membuek kemah, tompek masak dan yang lain2 laie. Apo yg menarik eh maso ni iolah bilo tgk orang kampung bergotong royong mencari buluh. Buluh tu la yang akan dibuek tiang khemah, kaki mejo dan kerusi. Maso berkampung ni, segalo apo yg berkaitan dgn kenduri nanti akan diselosaikan. Ini termasuklah tompek memasak sampai la tompek membasuh. Maso ni juo la org2 kampung akan membawo pinggan mangkuk utk di bori pinjam kepado tuan rumah yang nak buek kenduri tersobut. Takdo yang nak berkiro, janji kenduri tersobut berjalan dgn lancar.

Bilo sampai hari sebolum berlangsung eh kenduri tu, mako semuo orang2 kampung akan berkumpul. Masing-masing dah tahu apo kojo yang nak dibuek. Biaso eh pado potang sehari sebolum berlangsung eh kenduri itu segalo khemah dah siap dipasang, lampu di sambung2kan. Mako bilo malam menjelmo mudahlah org2 kg nak buek kojo. Mlm biaso eh org2 kg akan berbahagi kojo, yang jantan eh leko menggoreng, mengocut dan mengukur kelapo. Org pompuan lak membantu orang lelaki, ado yang menyiang apo yg patut, ado yang menyusun pinggan mangkuk. Si anak daro lak kono menghias bilik pengantin samo tompek bersanding. Yang si Bujang menyiapkan apo yang patut seporti mengaleh mejo makan dan ado yang membantu tukang masak.

Kenduri pun berlangsung, sungguh meriah.. berkompang dan sebagainyo. Selosai jo kenduri periuk belango dan apo juo pinggan mangkuk, peralatan yg digunokan akan diberosihkan dan disusun. Selopeh tu tuan rumahlah yg akan memulangkan kembali barang2 tadi kek pemilik eh. Ado juo tuan rumah yang akan mengadokan cak lempong pado mlm selopeh majlis kenduri tu sebagai hiburan kepado penduduk kampung yamg tolah bertungkuih lumuih membantu menjayokan kenduri tersobut.

Sampai sini ajo cerito pasal kenduri kendaro, sebonar eh banyak yang boleh dikongsikan pasal kenduri kendaro maso dulu. Kok dicerito kang kok panjang berjelo lak jadi eh. Cukup la sekadar mano yang patut.. Wasalam.
DITULIH OLEH: UJIN MAT SHARIF

Saturday, November 13, 2010

asal bunyi kambing, lombu dan kobau.

Pado maso dulu kalo 3 ekor bntg ni 
suko mandi sungai temuar.
nk dijadikan cerito, pd 1 ari tu ketigo2 eh poi la mandi,
tongah sodap mandi....
tibo2 air sungai jadi bortambah dalam.. apo laie .. kolam kabut semuo eh..
berketupeh si kambing naik ko tobing dan memakai semulo kulit eh 

sambil menjorit  kek lombu dan kobau suruh copek..
oleh kerano lombu dan kobau ni lombab sikit jadi 

kambing toruih marah sambil menjorit..
lambeeekkkk.. beeekkkk.. bbbeeekkkk..
mako bergogeh la si kobau dan lombu naik ko darek..
dek kelam kabut eh maso tu si kobau dgn lombu tertukar kulit..
si kobau pun menjorit.. tak mueekkk.. tak mueekkkk..
manokalo si lombu lak heran apo pasal kulit eh jadi laboh..
labooohhhh... labohhh... bboooohh..
cam tu la cerito sebonar eh asal suaro2 binatang 3 ekor tu..

Monday, November 8, 2010

Elak Kecurian Identiti: Halang - Kesan - Cegah - Lawan

Mencuri identiti adalah satu jenayah serius. Ianya berlaku apabila maklumat peribadi anda dicuri dan digunakan tanpa pengetahuan anda untuk melakukan penipuan atau jenayah lain. Kecurian identiti boleh merugikan masa dan wang anda. Ia boleh memusnahkan kredit anda dan merosakkan nama baik anda.

Halang


Halang kecurian identiti dengan menjaga maklumat anda.

. Koyakkan atau gunakan mesin pengoyak (shredder) untuk menghapuskan dokumen kewangan dan kertas-kertas yang mengandungi maklumat peribadi sebelum anda membuangkannya.

. Jangan beri maklumat melalui telefon, surat, atau internet kecuali anda tahu dengan siapa anda sedang berurusan.

. Jangan sesekali klik pada pautan dalam emel yang anda tidak minta; sebaliknya, taip alamat laman web yang anda tahu. Gunakan perisian firewall, anti-virus dan anti-spyware untuk melindungi komputer rumah anda, dan sentiasa kemas kinikan mereka.

. Jangan gunakan kata laluan yang jelas seperti tarikh lahir anda, nama ibu anda atau nombor kad pengenalan anda.

. Simpan maklumat peribadi anda di dalam tempat yang selamat di rumah, terutamanya jika anda tinggal bersama orang lain, rakan-rakan, atau ada kerja-kerja sedang dijalankan di rumah anda.

Kesan


Kesan sebarang aktiviti mencurigakan dengan sentiasa memantau akaun kewangan anda dan kenyataan bil-bil anda.

Awas terhadap tanda-tanda yang memerlukan perhatian segera:
  • Bil-bil yang tidak sampai seperti yang dijangkakan
  • Kenyataan kad kredit atau akaun yang tidak dijangkakan
  • Penafian terhadap kredit tanpa sebab yang jelas
  • Panggilan-panggilan telefon atau surat-surat pembelian yang anda tidak pernah buat
Periksa:
. Laporan kredit anda. Laporan kredit mengandungi maklumat tentang anda, termasuk apa akaun yang anda ada dan sejarah pembayaran bil anda.
. Kenyataan kewangan anda. Sentiasa periksa kenyataan bil dan akaun kewangan anda, bagi mencari caj-caj yang anda tidak pernah buat.

Pertahan


Pertahankan diri terhadap kecurian identiti sebaik sahaja anda mencurigainya.

. Letakkan satu “Penggera Penipuan” pada laporan kredit anda dan semak laporan tersebut dengan berhati-hati. Beritahu kreditor anda tentang ini. Kreditor anda akan mengikuti beberapa prosedur sebelum mereka membuka akaun atas nama anda atau melakukan perubahan kepada akaun sedia ada anda.

Minta laporan kredit anda. Cari sebarang permintaan atau permohonan dari syarikat-syarikat yang anda tidak pernah hubungi, akaun-akaun yang anda tidak pernah buka, dan hutang-hutang dalam akaun-akaun anda yang anda tidak tahu.

. Tutup akaun. Tutup sebarang akaun yang telah rosak oleh atau dibuka secara penipuan.
  • Telefon bahagian keselamatan atau jabatan penipuan bagi setiap syarikat di mana akaun telah dibuka atau diubah tanpa persetujuan anda. Ikuti dengan surat, bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang boleh menyokong.
  • Minta pengesahan bahawa akaun yang dipertikaikan telah ditutup dan hutang-hutang palsu atau tidak sah anda telah dihapuskan.
  • Simpan salinan dokumen-dokumen dan rakamkan perbualan anda tentang kecurian tersebut.
. Failkan laporan polis. Failkan satu laporan dengan pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang untuk membantu anda menghadapi kreditor-kreditor yang mungkin mahukan bukti jenayah tersebut.

Cara-cara Biasa Kecurian Identiti Dilakukan:


Pencuri identiti yang handal menggunakan pelbagai cara untuk mencuri maklumat peribadi anda, termasuklah:
  1. Menyelongkar sampah sarap. Mereka menyelongkar sampah sarap untuk mencari bil-bil atau kertas-kertas lain yang ada maklumat peribadi anda padanya.
  2. Mencedok. Mereka mencuri nombor kad kredit/debit menggunakan alat penyimpan khas ketika memproses kad anda.
  3. 'Phishing'. Mereka menyamar sebagai institusi kewangan atau syarikat-syarikat dan menghantar emel spam atau mesej pop-up bagi memerangkap anda untuk mendedahkan maklumat peribadi anda.
  4. Menukar Alamat Anda. Mereka melencongkan kenyataan-kenyataan bil anda kepada lokasi lain dengan mengisi ruangan ‘pertukaran alamat / change of address’ pada surat.
  5. ‘Gaya Lama’. Mereka mencuri dompet dan beg tangan, surat termasuklah kenyataan bank dan kad kredit; tawaran kredit pra-lulus, cek-cek baru atau maklumat cukai. Mereka mencuri rekod peribadi dari majikan, atau merasuah pekerja lain yang ada akses.

Kenali Si Penipu

Teknik-teknik di bawah akan menunjukkan bagaimana untuk mengesan sekiranya anda sedang ditipu. Teknik-teknik ini telah digunakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk tujuan soal siasat. Ianya juga boleh digunakan dalam komunikasi dan situasi bisnes untuk mengelak dari penipuan. Ia juga boleh digunakan oleh anda untuk mengelakkan diri anda dari ditipu.

Petunjuk-petunjuk Penipuan


Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda.
  1. Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.
  2. Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.
  3. Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.
  4. Pergerakan – Ekspresi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.
  5. Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.
  6. Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.
  7. Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.
  8. Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.
  9. Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.
  10. Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.
  11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.
  12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.
  13. Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.
  14. Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.
  15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.
Adalah penting untuk diketahui bahawa sekiranya anda hanya dapati satu petunjuk sahaja ia tidak memberi isyarat bahawa ia adalah satu penipuan. Anda perlu melihat pada beberapa petunjuk yang konsisten yang berlaku sejajar, atau kombinasi petunjuk-petunjuk yang berlaku serentak dalam satu tempoh masa yang pendek.

thanks to : mcm2.com

Sunday, November 7, 2010

Menangkis Kejahatan Makhluk Halus


RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.
Firman Allah maksudnya:
“Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An’am 112)
MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie – perkataan tunggalnya “Jinny” yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN
Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)
“Al-Maarij”
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
“Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas.”
(Al Hajar 27)
“Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A’raf 12)
KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)
Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.
Dalil Al Quran
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (Al An’am 130)
TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya

Oleh:   Ustaz Sharhan Shafie

Thursday, November 4, 2010

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan:
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

SUMBER ARTIKEL: ILUVISLAM