Monday, November 8, 2010

Elak Kecurian Identiti: Halang - Kesan - Cegah - Lawan

Mencuri identiti adalah satu jenayah serius. Ianya berlaku apabila maklumat peribadi anda dicuri dan digunakan tanpa pengetahuan anda untuk melakukan penipuan atau jenayah lain. Kecurian identiti boleh merugikan masa dan wang anda. Ia boleh memusnahkan kredit anda dan merosakkan nama baik anda.

Halang


Halang kecurian identiti dengan menjaga maklumat anda.

. Koyakkan atau gunakan mesin pengoyak (shredder) untuk menghapuskan dokumen kewangan dan kertas-kertas yang mengandungi maklumat peribadi sebelum anda membuangkannya.

. Jangan beri maklumat melalui telefon, surat, atau internet kecuali anda tahu dengan siapa anda sedang berurusan.

. Jangan sesekali klik pada pautan dalam emel yang anda tidak minta; sebaliknya, taip alamat laman web yang anda tahu. Gunakan perisian firewall, anti-virus dan anti-spyware untuk melindungi komputer rumah anda, dan sentiasa kemas kinikan mereka.

. Jangan gunakan kata laluan yang jelas seperti tarikh lahir anda, nama ibu anda atau nombor kad pengenalan anda.

. Simpan maklumat peribadi anda di dalam tempat yang selamat di rumah, terutamanya jika anda tinggal bersama orang lain, rakan-rakan, atau ada kerja-kerja sedang dijalankan di rumah anda.

Kesan


Kesan sebarang aktiviti mencurigakan dengan sentiasa memantau akaun kewangan anda dan kenyataan bil-bil anda.

Awas terhadap tanda-tanda yang memerlukan perhatian segera:
  • Bil-bil yang tidak sampai seperti yang dijangkakan
  • Kenyataan kad kredit atau akaun yang tidak dijangkakan
  • Penafian terhadap kredit tanpa sebab yang jelas
  • Panggilan-panggilan telefon atau surat-surat pembelian yang anda tidak pernah buat
Periksa:
. Laporan kredit anda. Laporan kredit mengandungi maklumat tentang anda, termasuk apa akaun yang anda ada dan sejarah pembayaran bil anda.
. Kenyataan kewangan anda. Sentiasa periksa kenyataan bil dan akaun kewangan anda, bagi mencari caj-caj yang anda tidak pernah buat.

Pertahan


Pertahankan diri terhadap kecurian identiti sebaik sahaja anda mencurigainya.

. Letakkan satu “Penggera Penipuan” pada laporan kredit anda dan semak laporan tersebut dengan berhati-hati. Beritahu kreditor anda tentang ini. Kreditor anda akan mengikuti beberapa prosedur sebelum mereka membuka akaun atas nama anda atau melakukan perubahan kepada akaun sedia ada anda.

Minta laporan kredit anda. Cari sebarang permintaan atau permohonan dari syarikat-syarikat yang anda tidak pernah hubungi, akaun-akaun yang anda tidak pernah buka, dan hutang-hutang dalam akaun-akaun anda yang anda tidak tahu.

. Tutup akaun. Tutup sebarang akaun yang telah rosak oleh atau dibuka secara penipuan.
  • Telefon bahagian keselamatan atau jabatan penipuan bagi setiap syarikat di mana akaun telah dibuka atau diubah tanpa persetujuan anda. Ikuti dengan surat, bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang boleh menyokong.
  • Minta pengesahan bahawa akaun yang dipertikaikan telah ditutup dan hutang-hutang palsu atau tidak sah anda telah dihapuskan.
  • Simpan salinan dokumen-dokumen dan rakamkan perbualan anda tentang kecurian tersebut.
. Failkan laporan polis. Failkan satu laporan dengan pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang untuk membantu anda menghadapi kreditor-kreditor yang mungkin mahukan bukti jenayah tersebut.

Cara-cara Biasa Kecurian Identiti Dilakukan:


Pencuri identiti yang handal menggunakan pelbagai cara untuk mencuri maklumat peribadi anda, termasuklah:
  1. Menyelongkar sampah sarap. Mereka menyelongkar sampah sarap untuk mencari bil-bil atau kertas-kertas lain yang ada maklumat peribadi anda padanya.
  2. Mencedok. Mereka mencuri nombor kad kredit/debit menggunakan alat penyimpan khas ketika memproses kad anda.
  3. 'Phishing'. Mereka menyamar sebagai institusi kewangan atau syarikat-syarikat dan menghantar emel spam atau mesej pop-up bagi memerangkap anda untuk mendedahkan maklumat peribadi anda.
  4. Menukar Alamat Anda. Mereka melencongkan kenyataan-kenyataan bil anda kepada lokasi lain dengan mengisi ruangan ‘pertukaran alamat / change of address’ pada surat.
  5. ‘Gaya Lama’. Mereka mencuri dompet dan beg tangan, surat termasuklah kenyataan bank dan kad kredit; tawaran kredit pra-lulus, cek-cek baru atau maklumat cukai. Mereka mencuri rekod peribadi dari majikan, atau merasuah pekerja lain yang ada akses.

Kenali Si Penipu

Teknik-teknik di bawah akan menunjukkan bagaimana untuk mengesan sekiranya anda sedang ditipu. Teknik-teknik ini telah digunakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk tujuan soal siasat. Ianya juga boleh digunakan dalam komunikasi dan situasi bisnes untuk mengelak dari penipuan. Ia juga boleh digunakan oleh anda untuk mengelakkan diri anda dari ditipu.

Petunjuk-petunjuk Penipuan


Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda.
  1. Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.
  2. Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.
  3. Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.
  4. Pergerakan – Ekspresi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.
  5. Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.
  6. Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.
  7. Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.
  8. Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.
  9. Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.
  10. Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.
  11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.
  12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.
  13. Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.
  14. Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.
  15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.
Adalah penting untuk diketahui bahawa sekiranya anda hanya dapati satu petunjuk sahaja ia tidak memberi isyarat bahawa ia adalah satu penipuan. Anda perlu melihat pada beberapa petunjuk yang konsisten yang berlaku sejajar, atau kombinasi petunjuk-petunjuk yang berlaku serentak dalam satu tempoh masa yang pendek.

thanks to : mcm2.com

Sunday, November 7, 2010

Menangkis Kejahatan Makhluk Halus


RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.
Firman Allah maksudnya:
“Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An’am 112)
MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie – perkataan tunggalnya “Jinny” yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN
Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)
“Al-Maarij”
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
“Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas.”
(Al Hajar 27)
“Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A’raf 12)
KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)
Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.
Dalil Al Quran
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (Al An’am 130)
TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya

Oleh:   Ustaz Sharhan Shafie

Thursday, November 4, 2010

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan:
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

SUMBER ARTIKEL: ILUVISLAM

Monday, November 1, 2010

Kojo Ese

Ese Trafic Light, Kojo ese memang borek. Setiap Hari ese kono jago lalu linteh, tak kiro la maso tu tongah paneh ko, hujan pojo ko, ribut taufan ko dll... ese totap menjalankan tugas ese yg tolah dipertanggungjawabkan.
Ese banggo dgn kojo ese ni, memberi khidmat kepado semuo pengguno jalan rayo. Tapi sojak akhir-akhir ni ese dah mulo tawar hati dongan kojo ni. Mungkin ese nak cari kojo lain lah pulak. Ekau tahu tak kenapo ese tawar hati? Ekau semuo la penyobab eh!!!
Yang pertamo eh ese ni selalu ekau maki hamun, kok sehari tu 100 orang yang menggunokan khidmat ese ni, mungkin 30 orang daripado eh menyumpah ese. Botol ko tidak... topuk dado tanyo selero. Ese ni ado 3 warno iaitu merah, kuning dan hijau. Merah tando eh beronti, kuning bersedio utk beronti dan hijau maksud eh boleh jalan.
Bilo lampu merah menyalo ajo mulo la ado yang mengoluh, muko jadi merah samo mcm warno lampu ese. Bawak2 la bersabar, ese ni nak menjalankan tanggungawab ese mengelakan kemalangan ajo. Ponah ko ekau ucap terimo kasih kek ese sobab bilo ekau nak melinteh ajo time tu pulak lampu ese bertukar ko warno merah? Paham ese tu, kalau kek rumah pun bilo time lampu merah ado yang mengoluh panjang kan.
Bukan setakat bilo lampu menyalo jo kono marah rupo eh, tak menyalo laie lah pulak kono maki hamun. Perkataan yang biaso ese dongar time ese tak menyalo mcm ni ha.. “hayooo, apo lah tak menyalo lak ni, menyusahkan org botol lah lampu ni” lobih kurang mcm tu la.. Tapi time menyalo lak ado yang kato mcm ni “apo lampu ni nih, kojap2 merah- kojap2 merah, hampeh botol.. org nak copek ni”. Cmtu lah lobih kurang tapi ado bahaso yg kosat laie tu, meleleh air mato ese karang kok cerito semuo eh.
Antaro pengalaman yg ese tak dapek lupokan maso kojo jadi trafic light ni ialah ragam penunggang moto. Heran botol ese tengok eh, ado yang menyarap la ateh moto, menonggeng la, tayar terangkek rangkek la dan mcm2 laie lah... Ese ingat yang kek dalam hutan ajo yang suko buek perangai mcm tu.
Ese cerito sikit jo laie lah yo, tapi ni time cuti sekolah lak. Badan ese ni dah tak tahu nak jadi apo time cuti sekolah, berikek sanun, bertampal kek sini... “RUMAH PENGANTIN 30KM KE DOPAN'... “PAK MAT TUKANG SUNAT 3 LANGKAH LAIE AJO MASUK KANAN”.. itu lah yang disangkutkannyo kek badan ese. Kok yg buek kenduri tu ado jomput ese sekali sodap jo hati ni, meraso jugak makan lauk kenduri.. tapi yg Pak Mat tu tak jomput ese pun takpo lah... kok manjek pokok kelapo ese nanti.
Itulah serbo sedikit pasal kojo ese sebagai Trafic Light, ese maleh nak cerito bab makan asap hitam hari2, kono langgar lah dll.. cukup ajolah sampai kek sini ajo luahan hati merangkap cerito pekerjaan ese sebagai Trafic Light. Jumpo laie nanti bilo ese dapek kojo baru, yang ese raso boleh ese cerito kek semuo fan EAN9... Assalamualaikum.. salam sejahtero.

Monday, October 25, 2010

Keistimewaan Hari Jumaat

Kenapa hari Jumat yang jadi hari besar umat Islam?
Ada beberapa alasan untuk menjawab pertanyaan di atas.
Namun, sebelum menjawab pertanyaan tersebut, ada baiknya dijelaskan juga. Yuk qita simak….
Dari Salamah dari Abu Hurairah ra. Nabi saw. bersabda:
Hari terbaik yang terbit padanya matahari adalah hari Jum’at. Sebab pada hari itu Allah Azza wa Jalla menciptakan Adam as., Dia memasukkan Adam ke surga, pada hari itu ia diturunkan ke bumi, dan pada hari itu terjadi kiamat serta pada hari itu terdapat satu masa dimana tidak seorangpun berdo’a kecuali Dia akan mengabulkan do’a itu. (HR. Muslim)
Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata “Sesungguhnya dinamakan hari Jum’at dengan Jum’at dikarenakan kata jum’at itu merupakan musytaq (derivasi kata) dari al-Jam’u (himpunan atau kumpulan). Sesungguhnya umat Islam berkumpul pada hari Jum’at tiap minggu sekali di dalam suatu tempat yang sangat besar (masjid)…” Allah memerintahkan kaum mukminin untuk berkumpul dalam rangka beribadah kepada-Nya, Allah Ta’ala berfirman:
Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat pada hari Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (QS. Al-Jumu’ah: 9)
Ibnul Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Termasuk petunjuk Nabi, ialah mengagungkan, memuliakan dan mengkhususkan hari agung ini dengan berbagai macam bentuk ibadah…”. Dan dalam kitabnya Zadul Ma’ad, beliau menghitung lebih dari 30 keistimewaan dari hari agung ini. Di antara keistimewaan bagi hari Jum’at adalah:
• Hari Jum’at adalah hari raya yang selalu berulang. Maka dari itu puasa pada hari Jum’at tanpa hari yang lain diharamkan, untuk membedakan dengan kaum Yahudi dan Nasrani juga agar umat Islam mempergunakannya dalam memperbanyak amal seperti shalat, doa dan yang lainnya.
• Hari Jum’at adalah yaumul mazid, yaitu hari saat Allah menampakkan diri di hadapan kaum mukminin di surga nanti. Allah berfirman:
Mereka di dalam surga memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya”. (QS. Qaaf: 35)
‘tambahannya’ dalam ayat ini menurut Anas bin Malik adalah Allah menampakkan diri kepada mereka setiap hari Jum’at.
• Pada hari ini terdapat waktu mustajab. Nabi, bersabda:
Sesungguhnya pada hari Jum’at terdapat suatu saat yang tidak ada seorang muslimpun yang melaksnakan shalat sambil meminta sesuatu kepada Allah kecuali dikabulkan”. (HR. Bukhari dan Muslim)
• Keutamaan amal shalih di dalamnya. Nabi, bersabda:
Ada lima perkara, siapa saja yang melakukannya pada satu hari maka dia termasuk ahli surga; orang yang menjenguk orang sakit, menyaksikan jenazah, berpuasa, pergi ke shalat Jum’at dan memerdekakan seorang budak.
Yang dimaksud dengan puasa dalam hadits di atas adalah yang bertepatan pada hari Jum’at tanpa disengaja.
• Hari terjadinya kiamat. Nabi, bersabda:
Tidak terjadi hari kiamat kecuali pada hari Jum’at. (HR. Muslim)
• Hari dihapusnya dosa-dosa. Dari Salman Al-Farisi beliau berkata: Nabi, bersabda:
Tidaklah seorang hamba mandi pada hari Jum’at dan bersuci dengan sebaik-baiknya, mengenakan minyak rambut sebaik mungkin atau memakai wewangian dengan sebaik-baiknya kemudian dia keluar (pergi ke masjid) dan tidak memisahkan dua orang (dengan melangkahi mereka), kemudian melakukan shalat yang telah ditentukan, lantas mendengarkan khutbah kecuali diampunkan dosanya antara hari itu dan Jum’at yang lain. (HR. Bukhari)
• Orang yang pergi ke shalat Jum’at dengan berjalan kaki mendapatkan pahala besar. Nabi, bersabda:
Siapa saja yang mandi pada hari Jum’at dan pergi lebih awal menuju tempat Jum’at kemudian berjalan kaki tanpa kendaraan dan mendekat kepada imam lalu mendengarkan khutbah tanpa disertai dengan amalan sia-sia, maka dari setiap langkahnya dia mendapatkan amal satu tahun pahala puasa dan shalatnya. (HR. Abu Daud)
• Dari Jum’at yang satu sampai Jum’at berikutnya adalah pelebur dosa yang terjadi di antaranya ditambah tiga hari. Nabi, bersabda:
Siapa saja yang mandi lalu mendatangi shalat Jum’at. Kemudian shalat semampunya terus mendengarkan khutbah hingga selsesai lalu shalat bersama imam, maka diampunkan dosanya yang terjadi antara dua Jum’at ditambah tiga hari. (HR. Muslim)
• Meninggal pada hari atau malam Jum’at termasuk tanda husnul khatimah. Nabi, bersabda:
Siapa saja yang meninggal pada hari atau malam Jum’at maka dia terpelihara dari fitnah kubur. (HR. Ahmad)
• Sedekah pada hari Jum’at lebih baik daripada sedekah di hari lainnya. Ibnul Qayyim berkata: “Sedekah di hari Jum’at dibanding dengan sedekah di hari lain adalah seperti sedekah di bulan Ramadhan dibandingkan sedekah di bulan-bulan selainnya. Saya telah menyaksikan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah jika keluar menuju Jum’at beliau bawa apa yang ada di rumahnya lalu beliau sedekahkan dalam perjalanannya menuju masjid secara sembunyi-sembunyi”.
Disamping itu masih ada banyak lagi keutamaan dan keistimewaan lain bagi hari agung ini.
Memuliakan hari Jum’at dalam agama Islam tidak berdasarkan penalaran manusia belaka melainkan petunjuk langsung dari Allah melalui Nabi Muhammad saw. Selain itu, umat muslim juga menyadari bahwa penetapan hari yang dimuliakan akan berbeda untuk setiap umat dari Nabi yang membawa wahyu Allah. Yang terpenting adalah ketauhidan umat dari para Nabi tersebut. Firman Allah:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thagut itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). [QS. An-Nahl: 36]
Dikutip dari: tugas akhir mata kuliah SPAI psikologi UPI