NAIB juara Piala Malaysia dan juara Piala FA musim ini, Negeri Sembilan merancang mengadakan enam perlawanan persahabatan menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia, dijadual bermula 15 Januari ini.
Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berkata, sejak latihan bermula lebih seminggu lalu, pihaknya sudah mengadakan dua perlawanan ujian bertemu pasukan Muar FA dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Paroi.
Menurutnya, perlawanan persahabatan yang dirancang penting untuk menilai tahap kecergasan pemain dan kekuatan pasukan berikutan terdapat perubahan senarai pemain musim depan.
“Kami memerlukan persiapan lebih rapi kerana menggabungkan pemain baru dan lama bagi membentuk sebuah pasukan mantap,” katanya.
Negeri Sembilan membawa masuk sekurang-kurangnya enam pemain luar iaitu Mohd Fariza Marlias dan Ahmad Aminuddin dari Perlis serta Norhafiz Zamani Misbah dan Irwan Fadly Idrus dari KL Plus yang sudah mula menjalani latihan manakala dua lagi pemain iaitu penyerang Kelantan, Hairuddin Omar dan penyerang Perlis, Mohd Fakri Shaarani belum lagi menyertai latihan.
Wan Jamak berkata, latihan agak terjejas kerana belum dapat mengumpul semua pemain dan terpaksa menggunakan sebahagian besar pemain Piala Presiden. “Apapun latihan ketika ini lebih fokus kepada meningkatkan kecergasan pemain dan latihan intensif bermula awal Disember ini,” katanya lagi.
Sunday, November 28, 2010
Wednesday, November 24, 2010
Kisah Benar Pengakuan Bekas Paderi Kristian....(melayu)
Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi
bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian diGereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .
Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia .. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore .. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.
Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.
Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.
Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap , menutup telinga apabila mendengar azan dan hal dakwah Islam. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.
Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian, susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.
Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.
Di Banting - Kamariah bt Sidek lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari). En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.
Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.
Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)
Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah pendakwah yang berdakwah di dalam bahasa Inggeris.
Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KEPADA ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk
suami,isteri, anak-anak, kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.
Sunday, November 21, 2010
Zidane 'kembali' bersama Real Madrid
MADRID: Lagenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane menyatakan kegembiraannya apabila kembali semula bersama Real Madrid - kelab yang pernah melonjakkan namanya di persada bola sepak dunia antara 2001 dan 2006.
Pemain Terbaik FIFA sebanyak tiga kali itu hari ini akan memulakan tugasnya sebagai penasihat kepada Presiden Real Madrid, Florentio Perez mengenai hal-ehwal skuad utama kelab itu.
“Saya gembira dan teruja apabila dapat kembali bersama kelab dan pasukan ini," kata dalam satu temubual yang disiarkan dalam laman web Real Madrid, semalam.
“Saya akan bergaul dengan pemain dan bersama mereka skuad untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah serta ketika sesi latihan di pusat latihan Valdebebas," katanya.
Khidmat Zidane itu menyaksikan dia akan bekerjasama dengan jurulatih Real, Jose Mourinho dan Mourinho turut mengalu-alukan kehadiran Zidane. - AFP
Wednesday, November 17, 2010
Kenduri Kendaro Maso Dulu
Tak lamo laie musim cuti sekolah, ghamai yang buek kenduri, ado yg nikah dan ado juo bdk2 bersunat. Den ghaso terpanggil nak berkongsi cerito bab kenduri ni, den peratikan skrg ni kalau org buek kenduri perabih sampai berpuluh ribu ringgit. Kasar botul belanjo buek kenduri skrg ni, tak mcm dulu kalo. Dulu kalau tumbang lombu sekor dah kiro mewah la kenduri tu..
Topik yang den nak cerito ni pasal kenduri dulu kalo,kenduri dulu kalo ni mmg cukup meriah. Apo tak meriah eh, buleh dikatokan 1 kampung bergotong royong menjayokan kenduri tersebut. Dari awal sampai la tertangkup eh periuk belango. Semuo orang ado kojo masing masing, takdo yg terkecuali doh.
Pekaro utamo kalau nak buek kenduri kendaro ni iolah sesi menjomput. Sesi menjomput ni ado berapo bahagian. Sesi menjomput Buapak, sesi menjomput sanak sedaro dan sesi menjomput orang-orang Kampung. Sesi menjomput ni dilakukan oleh tuan rumah yg nak buek kenduri tu, maso tu lum ado laie kad jomputan, kok ado pun utk golongan yg berhormat ajo yg dapek. Kalau Buapak tu kono bertepak sireh menjomput eh, manokalo penduduk kampung lak kono poi dari sebuah rumah ko sebuah rumah bagi menjomput. Den ponah lah ikut Omak dgn Ayah den dulu menjomput, mak aii.. kombong porut dek minam air, bukan buleh nak jompot kek pintu pagar jo doh, kono naik rumah minam air tea o segelas baru buleh bgtahu tujuan dtg.
Selopeh buek jomputan akan diadokan sesi berkampung, maso ni la orang-orang kampung akan bergotong royong membuek kemah, tompek masak dan yang lain2 laie. Apo yg menarik eh maso ni iolah bilo tgk orang kampung bergotong royong mencari buluh. Buluh tu la yang akan dibuek tiang khemah, kaki mejo dan kerusi. Maso berkampung ni, segalo apo yg berkaitan dgn kenduri nanti akan diselosaikan. Ini termasuklah tompek memasak sampai la tompek membasuh. Maso ni juo la org2 kampung akan membawo pinggan mangkuk utk di bori pinjam kepado tuan rumah yang nak buek kenduri tersobut. Takdo yang nak berkiro, janji kenduri tersobut berjalan dgn lancar.
Bilo sampai hari sebolum berlangsung eh kenduri tu, mako semuo orang2 kampung akan berkumpul. Masing-masing dah tahu apo kojo yang nak dibuek. Biaso eh pado potang sehari sebolum berlangsung eh kenduri itu segalo khemah dah siap dipasang, lampu di sambung2kan. Mako bilo malam menjelmo mudahlah org2 kg nak buek kojo. Mlm biaso eh org2 kg akan berbahagi kojo, yang jantan eh leko menggoreng, mengocut dan mengukur kelapo. Org pompuan lak membantu orang lelaki, ado yang menyiang apo yg patut, ado yang menyusun pinggan mangkuk. Si anak daro lak kono menghias bilik pengantin samo tompek bersanding. Yang si Bujang menyiapkan apo yang patut seporti mengaleh mejo makan dan ado yang membantu tukang masak.
Kenduri pun berlangsung, sungguh meriah.. berkompang dan sebagainyo. Selosai jo kenduri periuk belango dan apo juo pinggan mangkuk, peralatan yg digunokan akan diberosihkan dan disusun. Selopeh tu tuan rumahlah yg akan memulangkan kembali barang2 tadi kek pemilik eh. Ado juo tuan rumah yang akan mengadokan cak lempong pado mlm selopeh majlis kenduri tu sebagai hiburan kepado penduduk kampung yamg tolah bertungkuih lumuih membantu menjayokan kenduri tersobut.
Sampai sini ajo cerito pasal kenduri kendaro, sebonar eh banyak yang boleh dikongsikan pasal kenduri kendaro maso dulu. Kok dicerito kang kok panjang berjelo lak jadi eh. Cukup la sekadar mano yang patut.. Wasalam.
DITULIH OLEH: UJIN MAT SHARIF
Saturday, November 13, 2010
asal bunyi kambing, lombu dan kobau.
Pado maso dulu kalo 3 ekor bntg ni
suko mandi sungai temuar.
nk dijadikan cerito, pd 1 ari tu ketigo2 eh poi la mandi,
tongah sodap mandi....
tibo2 air sungai jadi bortambah dalam.. apo laie .. kolam kabut semuo eh..
berketupeh si kambing naik ko tobing dan memakai semulo kulit eh
sambil menjorit kek lombu dan kobau suruh copek..
oleh kerano lombu dan kobau ni lombab sikit jadi
kambing toruih marah sambil menjorit..
lambeeekkkk.. beeekkkk.. bbbeeekkkk..
mako bergogeh la si kobau dan lombu naik ko darek..
dek kelam kabut eh maso tu si kobau dgn lombu tertukar kulit..
si kobau pun menjorit.. tak mueekkk.. tak mueekkkk..
manokalo si lombu lak heran apo pasal kulit eh jadi laboh..
labooohhhh... labohhh... bboooohh..
cam tu la cerito sebonar eh asal suaro2 binatang 3 ekor tu..
suko mandi sungai temuar.
nk dijadikan cerito, pd 1 ari tu ketigo2 eh poi la mandi,
tongah sodap mandi....
tibo2 air sungai jadi bortambah dalam.. apo laie .. kolam kabut semuo eh..
berketupeh si kambing naik ko tobing dan memakai semulo kulit eh
sambil menjorit kek lombu dan kobau suruh copek..
oleh kerano lombu dan kobau ni lombab sikit jadi
kambing toruih marah sambil menjorit..
lambeeekkkk.. beeekkkk.. bbbeeekkkk..
mako bergogeh la si kobau dan lombu naik ko darek..
dek kelam kabut eh maso tu si kobau dgn lombu tertukar kulit..
si kobau pun menjorit.. tak mueekkk.. tak mueekkkk..
manokalo si lombu lak heran apo pasal kulit eh jadi laboh..
labooohhhh... labohhh... bboooohh..
cam tu la cerito sebonar eh asal suaro2 binatang 3 ekor tu..
Monday, November 8, 2010
Elak Kecurian Identiti: Halang - Kesan - Cegah - Lawan
Mencuri identiti adalah satu jenayah serius. Ianya berlaku apabila maklumat peribadi anda dicuri dan digunakan tanpa pengetahuan anda untuk melakukan penipuan atau jenayah lain. Kecurian identiti boleh merugikan masa dan wang anda. Ia boleh memusnahkan kredit anda dan merosakkan nama baik anda.
Halang kecurian identiti dengan menjaga maklumat anda.
. Koyakkan atau gunakan mesin pengoyak (shredder) untuk menghapuskan dokumen kewangan dan kertas-kertas yang mengandungi maklumat peribadi sebelum anda membuangkannya.
. Jangan beri maklumat melalui telefon, surat, atau internet kecuali anda tahu dengan siapa anda sedang berurusan.
. Jangan sesekali klik pada pautan dalam emel yang anda tidak minta; sebaliknya, taip alamat laman web yang anda tahu. Gunakan perisian firewall, anti-virus dan anti-spyware untuk melindungi komputer rumah anda, dan sentiasa kemas kinikan mereka.
. Jangan gunakan kata laluan yang jelas seperti tarikh lahir anda, nama ibu anda atau nombor kad pengenalan anda.
. Simpan maklumat peribadi anda di dalam tempat yang selamat di rumah, terutamanya jika anda tinggal bersama orang lain, rakan-rakan, atau ada kerja-kerja sedang dijalankan di rumah anda.
Kesan sebarang aktiviti mencurigakan dengan sentiasa memantau akaun kewangan anda dan kenyataan bil-bil anda.
Awas terhadap tanda-tanda yang memerlukan perhatian segera:
. Laporan kredit anda. Laporan kredit mengandungi maklumat tentang anda, termasuk apa akaun yang anda ada dan sejarah pembayaran bil anda.
. Kenyataan kewangan anda. Sentiasa periksa kenyataan bil dan akaun kewangan anda, bagi mencari caj-caj yang anda tidak pernah buat.
Pertahankan diri terhadap kecurian identiti sebaik sahaja anda mencurigainya.
. Letakkan satu “Penggera Penipuan” pada laporan kredit anda dan semak laporan tersebut dengan berhati-hati. Beritahu kreditor anda tentang ini. Kreditor anda akan mengikuti beberapa prosedur sebelum mereka membuka akaun atas nama anda atau melakukan perubahan kepada akaun sedia ada anda.
Minta laporan kredit anda. Cari sebarang permintaan atau permohonan dari syarikat-syarikat yang anda tidak pernah hubungi, akaun-akaun yang anda tidak pernah buka, dan hutang-hutang dalam akaun-akaun anda yang anda tidak tahu.
. Tutup akaun. Tutup sebarang akaun yang telah rosak oleh atau dibuka secara penipuan.
Pencuri identiti yang handal menggunakan pelbagai cara untuk mencuri maklumat peribadi anda, termasuklah:
Halang
Halang kecurian identiti dengan menjaga maklumat anda.
. Koyakkan atau gunakan mesin pengoyak (shredder) untuk menghapuskan dokumen kewangan dan kertas-kertas yang mengandungi maklumat peribadi sebelum anda membuangkannya.
. Jangan beri maklumat melalui telefon, surat, atau internet kecuali anda tahu dengan siapa anda sedang berurusan.
. Jangan sesekali klik pada pautan dalam emel yang anda tidak minta; sebaliknya, taip alamat laman web yang anda tahu. Gunakan perisian firewall, anti-virus dan anti-spyware untuk melindungi komputer rumah anda, dan sentiasa kemas kinikan mereka.
. Jangan gunakan kata laluan yang jelas seperti tarikh lahir anda, nama ibu anda atau nombor kad pengenalan anda.
. Simpan maklumat peribadi anda di dalam tempat yang selamat di rumah, terutamanya jika anda tinggal bersama orang lain, rakan-rakan, atau ada kerja-kerja sedang dijalankan di rumah anda.
Kesan
Kesan sebarang aktiviti mencurigakan dengan sentiasa memantau akaun kewangan anda dan kenyataan bil-bil anda.
Awas terhadap tanda-tanda yang memerlukan perhatian segera:
- Bil-bil yang tidak sampai seperti yang dijangkakan
- Kenyataan kad kredit atau akaun yang tidak dijangkakan
- Penafian terhadap kredit tanpa sebab yang jelas
- Panggilan-panggilan telefon atau surat-surat pembelian yang anda tidak pernah buat
. Laporan kredit anda. Laporan kredit mengandungi maklumat tentang anda, termasuk apa akaun yang anda ada dan sejarah pembayaran bil anda.
. Kenyataan kewangan anda. Sentiasa periksa kenyataan bil dan akaun kewangan anda, bagi mencari caj-caj yang anda tidak pernah buat.
Pertahan
Pertahankan diri terhadap kecurian identiti sebaik sahaja anda mencurigainya.
. Letakkan satu “Penggera Penipuan” pada laporan kredit anda dan semak laporan tersebut dengan berhati-hati. Beritahu kreditor anda tentang ini. Kreditor anda akan mengikuti beberapa prosedur sebelum mereka membuka akaun atas nama anda atau melakukan perubahan kepada akaun sedia ada anda.
Minta laporan kredit anda. Cari sebarang permintaan atau permohonan dari syarikat-syarikat yang anda tidak pernah hubungi, akaun-akaun yang anda tidak pernah buka, dan hutang-hutang dalam akaun-akaun anda yang anda tidak tahu.
. Tutup akaun. Tutup sebarang akaun yang telah rosak oleh atau dibuka secara penipuan.
- Telefon bahagian keselamatan atau jabatan penipuan bagi setiap syarikat di mana akaun telah dibuka atau diubah tanpa persetujuan anda. Ikuti dengan surat, bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang boleh menyokong.
- Minta pengesahan bahawa akaun yang dipertikaikan telah ditutup dan hutang-hutang palsu atau tidak sah anda telah dihapuskan.
- Simpan salinan dokumen-dokumen dan rakamkan perbualan anda tentang kecurian tersebut.
Cara-cara Biasa Kecurian Identiti Dilakukan:
Pencuri identiti yang handal menggunakan pelbagai cara untuk mencuri maklumat peribadi anda, termasuklah:
- Menyelongkar sampah sarap. Mereka menyelongkar sampah sarap untuk mencari bil-bil atau kertas-kertas lain yang ada maklumat peribadi anda padanya.
- Mencedok. Mereka mencuri nombor kad kredit/debit menggunakan alat penyimpan khas ketika memproses kad anda.
- 'Phishing'. Mereka menyamar sebagai institusi kewangan atau syarikat-syarikat dan menghantar emel spam atau mesej pop-up bagi memerangkap anda untuk mendedahkan maklumat peribadi anda.
- Menukar Alamat Anda. Mereka melencongkan kenyataan-kenyataan bil anda kepada lokasi lain dengan mengisi ruangan ‘pertukaran alamat / change of address’ pada surat.
- ‘Gaya Lama’. Mereka mencuri dompet dan beg tangan, surat termasuklah kenyataan bank dan kad kredit; tawaran kredit pra-lulus, cek-cek baru atau maklumat cukai. Mereka mencuri rekod peribadi dari majikan, atau merasuah pekerja lain yang ada akses.
Kenali Si Penipu
Teknik-teknik di bawah akan menunjukkan bagaimana untuk mengesan sekiranya anda sedang ditipu. Teknik-teknik ini telah digunakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk tujuan soal siasat. Ianya juga boleh digunakan dalam komunikasi dan situasi bisnes untuk mengelak dari penipuan. Ia juga boleh digunakan oleh anda untuk mengelakkan diri anda dari ditipu.
Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda.
thanks to : mcm2.com
Petunjuk-petunjuk Penipuan
Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda.
- Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.
- Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.
- Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.
- Pergerakan – Ekspresi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.
- Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.
- Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.
- Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.
- Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.
- Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.
- Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.
- Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.
- Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.
- Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.
- Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.
- Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.
thanks to : mcm2.com
Subscribe to:
Posts (Atom)