Showing posts with label APA YG HANGAT KAT EAN9. Show all posts
Showing posts with label APA YG HANGAT KAT EAN9. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Citra budaya adat perpatih



RUMAH di Negeri Sembilan yang sarat dengan ciri seni bina Minangkabau.


NEGERI SEMBILAN sememangnya dikenali dengan adat perpatih iaitu satu sistem unik berhubung undang-undang adat dan kekeluargaan hinggakan penduduk asal negeri itu memiliki identiti yang tersendiri.
Adat perpatih yang berasal dari Minangkabau, Indonesia sejak abad ke-14 terus diamalkan sehingga ke hari ini. Malah, kebanyakan bangunan di negeri itu mempunyai bumbung berbentuk Minangkabau.
Negeri itu juga menjadi tumpuan suku adat bagi setiap daerah, adat beraja sehingga kepada pelbagai jenis makanan.
Sehubungan itu, program Citra Budaya Perpatih Negeri Sembilan 2011 yang diadakan selama tiga hari baru-baru ini berjaya memartabat dan memperkasakan adat perpatih dalam kalangan masyarakat di Negeri Sembilan.
Pelbagai aktiviti kesenian dan adat diadakan sempena program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan. Ia mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.
Program tersebut bukan sahaja mempopularkan budaya masyarakat pengamal adat perpatih Negeri Sembilan, malahan memperkenalkan keunikan adat itu kepada orang ramai khususnya generasi muda dalam memastikan keunikan Adat Perpatih terus diamal dan diwarisi.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan, Mohamed Adnan Hamzah berkata, sepanjang program itu berlangsung orang ramai berpeluang menyaksikan persembahan kesenian, pameran, demonstrasi dan seminar di beberapa tempat terpilih di bandar itu dan Kuala Klawang, Jelebu.
Program Citra Budaya adalah kesinambungan atau lanjutan daripada program Festival Kesenian Tradisional Malaysia yang dilaksanakan dengan jayanya pada tahun-tahun yang lepas.
Pertukaran nama itu dibuat selaras dengan perubahan format program ini yang diberi nafas baru.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan etnik, kepelbagaian warna kehidupan masyarakat boleh dilihat melalui kesenian dan budaya yang sarat dengan nilai estetika.
Tarian piring

ATAS: Lebih 1,000 pelajar pelbagai kaum terlibat dalam tarian piring.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, negara itu kaya dengan tradisi lama yang boleh dicungkil kembali dan jika dipersembahkan menerusi kegiatan seni budaya, mampu menguatkan jalinan antara kaum di semua peringkat.
“Kita merasakan bahawa luak dan daerah adat dapat kita satukan dalam satu himpunan citra rasa ke arah tradisi kita. Kita juga mahu mencungkil perasaan cinta kepada budaya dalam kalangan anak-anak kita,” katanya.
Daripada pelbagai persembahan pada Citra Budaya Adat Perpatih Negeri Sembilan 2011 itu, persembahan tarian piring yang disertai 1,000 pelajar Melayu, Cina, India, Sikh dan Orang Asli telah menarik perhatian ramai.
Malah, persembahan itu mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai tarian piring yang paling ramai peserta.
Tarian itu memerlukan penarinya menari mengikut alunan rentak tari yang memerlukan mereka memegang dua biji piring pada tapak tangan masing-masing dalam persembahan selama empat minit.
Selain tetamu kenamaan, turut terpukau dengan persembahan tarian piring itu ialah kira-kira 3,000 orang penonton yang sesetengahnya menghampiri pentas untuk melihatnya dengan lebih dekat.
Turut mengambil bahagian dalam program itu ialah Kumpulan Kesenian Aswara, Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan, Melaka, Perak serta Kumpulan Permanis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kumpulan kesenian badan budaya dari Sumatera Barat dan Bukit Tinggi, Indonesia juga mengadakan persembahan pada program itu. – Bernama

Friday, May 13, 2011

Samseng guna Facebook rekrut ahli baru

2011/05/14

RAKYAT Malaysia menghabiskan masa paling banyak di Facebook, iaitu sembilan jam seminggu. Facebook juga laman sosial paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia yang mempunyai lebih 10 juta pemilik akaun itu. Jumlah ini dijangka melebihi 20 juta pada 2012. Pengguna Facebook di Malaysia juga paling aktif di dunia.

Menurut Agence France-Presse (AFP), kajian terbaru menunjukkan 7.5 juta daripada 20 juta pengguna Facebook di dunia berusia kurang 13 tahun dan sejuta daripada mereka pernah dibuli, diganggu atau diugut di laman sosial ini.

Kajian itu menunjukkan lebih lima juta pengguna Facebook berumur 10 tahun atau lebih muda. Kebanyakan mereka dibenarkan melayari Facebook tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih lima juta isi rumah di Amerika Syarikat pernah menjadi mangsa penyalahgunaan Facebook termasuk jangkitan virus, pencuri identiti dan buli.

Walaupun tidak ada statistik di Malaysia mengenai mangsa penyalahgunaan Facebook di Malaysia, hasil kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang mendapati lebih 80 peratus daripada 500 pelajar mempunyai akaun Facebook, termasuk yang berusia tujuh tahun.

Tinjauan mendapati 58 peratus responden mempunyai pengalaman menakutkan, menjijikkan atau membimbangkan menerusi internet. Ada kes gengster menggunakan Facebook sebagai platform untuk mengajak pelajar menjadi ahli. Mereka juga menganjurkan acara perlumbaan haram, menggunakan gambar selebriti terkenal untuk menarik perhatian orang lain mengunjungi laman sosial mereka.

Kumpulan ini biasanya menyasarkan pelajar sekolah menengah dan menawarkan perlindungan kepada pelajar yang menjadi ahli.

Berapa ramai antara mereka yang melayari internet di bawah pengawasan ibu bapa? Adakah keluarga mengetahui apa yang anak mereka melakukan di internet ataupun masalah anak menghadapi ketika menggunakan internet?
Ibu bapa perlu sentiasa mempertingkatkan pengetahuan isu semasa berkaitan keselamatan internet. Komputer dan perkhidmatan internet patut diletakkan di ruang terbuka, bukan di bilik tidur anak.

,b>YU KIN LEN,
Pusat Penyelidikan
dan Sumber Pengguna.

Friday, December 24, 2010

EAN9 HANGAT.

EAN9 KINI LEBIH HANGAT. 


GROUP          : BUAL BERSAMO WARIGH EAN9



                      
                        : KELAB FANATIK N9FA



APPLICATION : EAN9TALK 
UPDATE STATUS FACEBOOK ANDA MENGGUNAKAN EAN9TALK