Friday, May 13, 2011

Samseng guna Facebook rekrut ahli baru

2011/05/14

RAKYAT Malaysia menghabiskan masa paling banyak di Facebook, iaitu sembilan jam seminggu. Facebook juga laman sosial paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia yang mempunyai lebih 10 juta pemilik akaun itu. Jumlah ini dijangka melebihi 20 juta pada 2012. Pengguna Facebook di Malaysia juga paling aktif di dunia.

Menurut Agence France-Presse (AFP), kajian terbaru menunjukkan 7.5 juta daripada 20 juta pengguna Facebook di dunia berusia kurang 13 tahun dan sejuta daripada mereka pernah dibuli, diganggu atau diugut di laman sosial ini.

Kajian itu menunjukkan lebih lima juta pengguna Facebook berumur 10 tahun atau lebih muda. Kebanyakan mereka dibenarkan melayari Facebook tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih lima juta isi rumah di Amerika Syarikat pernah menjadi mangsa penyalahgunaan Facebook termasuk jangkitan virus, pencuri identiti dan buli.

Walaupun tidak ada statistik di Malaysia mengenai mangsa penyalahgunaan Facebook di Malaysia, hasil kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang mendapati lebih 80 peratus daripada 500 pelajar mempunyai akaun Facebook, termasuk yang berusia tujuh tahun.

Tinjauan mendapati 58 peratus responden mempunyai pengalaman menakutkan, menjijikkan atau membimbangkan menerusi internet. Ada kes gengster menggunakan Facebook sebagai platform untuk mengajak pelajar menjadi ahli. Mereka juga menganjurkan acara perlumbaan haram, menggunakan gambar selebriti terkenal untuk menarik perhatian orang lain mengunjungi laman sosial mereka.

Kumpulan ini biasanya menyasarkan pelajar sekolah menengah dan menawarkan perlindungan kepada pelajar yang menjadi ahli.

Berapa ramai antara mereka yang melayari internet di bawah pengawasan ibu bapa? Adakah keluarga mengetahui apa yang anak mereka melakukan di internet ataupun masalah anak menghadapi ketika menggunakan internet?
Ibu bapa perlu sentiasa mempertingkatkan pengetahuan isu semasa berkaitan keselamatan internet. Komputer dan perkhidmatan internet patut diletakkan di ruang terbuka, bukan di bilik tidur anak.

,b>YU KIN LEN,
Pusat Penyelidikan
dan Sumber Pengguna.

Sunday, May 8, 2011

Asal usul Hari Ibu..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

tragedi ulu bendul.. Adik sakinah belum ditemui..

Hari ni terlinteh lah pulak kat hati ese ni nak menulih bab usaha mencari adik sakinah yang dihanyutkan oleh kepalo air kat ulu bendul tempoh hari.. anak bongsu ni masih belum dijumpai laie.. setiap hari usoho dilakukan oleh badan yang bertanggung jawap dan orang ramai mencari adik nih..

Sayu jugo hati bilo melihat ibu eh sendiri turut serta mencari.. itulah kasih sayang ibu..

Semoga adik Sakinah segera dijumpai.. bersamo-samo lah warigh semuo buek sembahyang hajat.. membaco doa dan poie membantu sekali mencari...

Tuesday, May 3, 2011

Tragedi di Ulu Bendul...

CARI...anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi mencari 
tiga beradik yang dihanyut arus sewaktu mandi di Hutan Lipur Ulu Bendul,
 semalam. Gambar kecil, Wan Azleela
CARI...anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi mencari tiga beradik yang dihanyut arus sewaktu mandi di Hutan Lipur Ulu Bendul, semalam. Gambar kecil, Wan Azleela
KUALA PILAH: “Saya tersentak apabila melihat ‘kepala air’ mengalir deras bersama sesuatu objek yang kelihatan seperti manusia. Apabila diamati saya dapati ia seorang lelaki dan seorang perempuan dewasa bersama dua kanak-kanak terkapai-kapai meminta pertolongan,” kata Turiman Bostam, 40, saksi kejadian lemas mengorbankan tiga beradik perempuan di Hutan Lipur Ulu Bendol di sini, semalam.
Perkelahan empat sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak perempuan berusia dua hingga lima tahun bersama kenalan wanita bapa mereka, berakhir tragedi apabila tiga kanak-kanak itu dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras di hutan lipur berkenaan.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Nursyaza Alisa, 5, Nursyaza Azera, 4, Nursyaza Sakinah, 2, mandi bersama bapa mereka, Syed Ahmad Ibrahim, 28, serta seorang wanita dikenali Alwani Abu Hassan, 20-an.
Menurut Turiman, ketika kejadian itu dia dalam perjalanan ke tapak perkhemahan di kawasan itu.

“Ketika berjalan, saya terkejut melihat air tiba-tiba mengalir deras dan agak luar biasa sebelum ternampak empat orang terkapai-kapai meminta pertolongan.

“Saya cuba menarik wanita dewasa yang berada hampir dengan tepi tebing namun gagal mencapainya. Saya mencuba sekali lagi menarik tangan serta rambutnya dan berjaya menariknya ke tebing,” katanya.

Menurutnya, sejurus berjaya menyelamatkan wanita itu, dia hanya mampu melihat seorang lagi lelaki dewasa dan dua kanak-kanak dihanyutkan arus deras kerana jarak yang jauh.

“Namun tidak lama kemudian saya melihat lelaki dewasa berkenaan ditarik orang ramai yang berada di situ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, ketika kejadian, hujan tidak lebat dan kelima-lima mereka mandi di sekitar kawasan itu.

“Bagaimanapun, air dari Gunung Angsi dipercayai tiba-tiba mengalir deras menyebabkan dua daripada kanak-kanak itu terapung dan tenggelam timbul di dalam air. Pada waktu itu seorang perempuan dewasa turut dihanyutkan arus.

“Bapa kanak-kanak itu cuba menyelamatkan anak-anaknya namun gagal sebelum dia diselamatkan orang ramai. Bagaimanapun, ketiga-tiga kanak-kanak itu dihanyutkan arus deras,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat disertai kira-kira 40 anggota polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan Jabatan Hutan.

“Operasi khas itu memfokuskan usaha mencari di sekitar Hutan Lipur Ulu Bendol dan kawasan sekitar. Kita akan memutuskan sama ada operasi itu dihentikan atau disambung semula melalui sesi maklumat dan perbincangan kira-kira jam 10 malam nanti (semalam),” katanya.

Bapa saudara kanak-kanak itu, Wan Adnan Wan Abdullah, 37, berkata, tiga beradik itu dijaga ibu kandung mereka yang menetap di Taman Jasmin, Senawang.

“Ibu mereka yang juga adik saya bekerja di sebuah pusat beli-belah di Senawang dan sering menghantar mereka ke rumah ibu mentuanya (ibu lelaki yang lemas itu) di Taman Marida. “Bagaimanapun, saya difahamkan bapa kanak-kanak berkenaan datang mengambil mereka hari ini (semalam) dan dipercayai tidak diketahui ibu mereka,” katanya.

Difahamkan, ibu kanak-kanak terbabit, Wan Azleela Wan Abdullah, 32, sudah berpisah dengan bapa anak-anaknya itu.

Kejadian arus deras itu paling buruk pernah berlaku di taman rekreasi itu berikutan keadaan arus yang empat kali ganda lebih deras berbanding biasa ketika hujan.

Tinjauan mendapati, Wan Azleela turut berada di lokasi kejadian dan kelihatan sebak.

Artikel dari: Harian Metro

Monday, May 2, 2011

Perumahan rakyat di utamakan – Menteri Besar

SEREMBAN ; 29 April – Kerajaan sentiasa prihatin serta berusaha meningkatkan kualiti hidup rakyat terutama bagi mereka yang tinggal diluar bandar.
Bagi menrealisasikannya, dasar perumahan Negara melalui agensi  Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dan sedang melaksanakan tanggung jawab membangunkan  ‘Rumah Mesra Rakyat’ (RMR) di seluruh Negara.
Negeri Sembilan turut mendapat peruntukkan membina ‘Rumah Mesra Rakyat’ ini dan untuk tahun 2011 ini 179 buah rumah akan disiapkan menelan belanja sekitar sebelas juta.
Di Dewan Besar, Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan telah menyempurnakan ‘Majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Rumah Mesra Rakyat (RMR) Negeri Sembilan Darul Khusus’.
Di peringkat pertama ini, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyerahkan 90 inden kerja kepada 84 kontraktor  terpilih untuk membina dan menyiapkan 90 unit rumah dengan kos keseluruhan RM5.8 juta.
Rumah-rumah ini akan didirikan di tapak tanah para penerima di daerah masing-masing hasil permohonan terdahulu yang telah diluluskan.
Menteri Besar menjelaskan rumah-rumah yang dibina oleh SPNB adalah untuk rakyat yang tidak mampu membeli rumah dari pihak swasta serta tidak berorentasikan keuntungan kerana ianya lebih kepada tanggung jawab sosial kerajaan kepada rakyatnya.
Konsep ini sama seperti yang telah di laksanakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan, di mana ‘Perumahan Awam Harga Rendah (PAHR)’ bertujuan membantu rakyat termiskin memiliki rumah disamping meringankan beban mereka dalam bayaran bulanan yang rendah.
Menjadi dasar Kerajaan Barisan Nasional dan Negeri Sembilan khasnya, menjadikan dasar perumahan rakyat ini agenda utama berteraskan kesejahteraan semua masyarakat.
Menteri Besar turut mengingatkan para kontraktor supaya melaksanakan amanah yang telah diberi sebaiknya kerana sebagai ‘rakan kerja SPNB’ hasil kerja yang berkualiti serta siap pada waktu yang ditetapkan mesti diberi perhatian bagi memastikan akan mendapat kontrak seterusnya.
Di sidang media, Menteri Besar berharap para penerima ‘Rumah Mesra Rakyat’ ini menduduki rumah milik mereka ini dan menganggapnya sebagai hadiah daripada kerajaan serta tidak sesekali menyewakan rumah tersebut kepada pihak lain.
Dengan 4160 permohonan yang diterima , Menteri Besar berharap mereka yang belum berjaya bersabar kerana pihak SPNB juga memerlukan sumber kewangan  bagi tujuan pembinaan rumah ini serta yakin kerajaan akan sentiasa memberikan bantuan modal dari semasa ke semasa,
Hadir sama, Dato’ Hasim Rusdi, Exco Pembangunan Luar Bandar,Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam dan Datuk Ir. Hj. Idris Hj. Haron, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad.










Friday, April 29, 2011

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.



 
 
 Notes Dari: link

Friday, December 31, 2010

Budak enam tahun maut dilanggar mat rempit

NORLIDA yang cedera kaki sebak selepas jenazah Siti Nur Zulaihah (gambar kecil) tiba di kediaman mereka, semalam.
NORLIDA yang cedera kaki sebak selepas jenazah Siti Nur Zulaihah (gambar kecil) tiba di kediaman mereka, semalam.
JEMPOL: Hasrat seorang kanak-kanak perempuan mendaftar diri untuk memulakan pengajian tahun pertama persekolahannya semalam, tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh sebuah motosikal yang didakwa sedang berlumba di Kilometer 3 Jalan Bahau-Juasseh, di sini malam kelmarin.

Siti Nur Zulaihah Mohd Zaidi, 6, yang sebelum itu menaiki motosikal bersama ibunya, dikatakan tercampak hampir 10 meter akibat rempuhan berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala, badan serta kaki.

Ibunya, Norlida Khalid, 39, yang patah kaki kiri dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, berkata ketika kejadian, dia bersama anaknya serta seorang rakan yang menunggang motosikal berlainan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jempol dari Bahau.

“Tiba-tiba sebuah motosikal tidak berlampu dan ditunggang laju dari belakang mencelah di antara motosikal saya dan rakan sebelum bergesel dengan motosikal saya, menyebabkan saya dan Siti Nur Zulaihah terjatuh atas jalan raya.

“Saya tergamam dan pandangan kabur ketika itu. Namun rakan memberitahu sebuah lagi motosikal dari arah belakang merempuh Siti Nur Zulaihah yang sedang berdiri untuk mencari saya,” katanya yang tidak dapat menahan linangan air mata.

Norlida berkata, sebelum itu anaknya bersungguh-sungguh mengajak pulang dari rumah datuknya ke rumah mereka di Kampung Kuala Jempol kerana tidak mahu terlewat mendaftar di Sekolah Kebangsaan Jempol, semalam dan begitu bersemangat sambil berulang kali mencuba seragam sekolah baru dibeli serta mengemas beg sekolahnya, kelmarin.
“Dia juga sungguh berselera makan. Lebih mengharukan, sebelum kejadian dia memberitahu mahu mengikut datuknya yang baru tiga minggu meninggal dunia, namun tiada siapa memberi perhatian kepadanya ketika itu,” katanya sambil menambah jenazah Siti Nur Zulaihah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Pasoh 1, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Mohamad, berkata polis sudah mengambil keterangan penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha RXZ berusia 18 tahun, tetapi masih mengesan seorang lagi penunggang motosikal jenis sama yang dikatakan bergesel dengan motosikal mangsa.