Friday, December 24, 2010

Dibelenggu perangkap maut




SIKAMAT – Sejak wujudnya perangkap sampah di Taman Desa Rhu dekat sini, penduduk mula dibelenggu pelbagai masalah membimbangkan dan turut mengganggu keselesaan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, lokasi perangkap sampah itu berada di kawasan berhampiran rumah penduduk yang ternyata tidak strategik, selain turut dianggap sebagai perangkap maut kepada kanak-kanak yang bermain di situ.

Malah, amat mengejutkan apabila penduduk mendakwa pernah berlaku :kejadian seorang remaja tergelincir ke dalam perangkap itu, namun berjaya diselamatkan.

Penduduk, Kemat Awang, 56, berkata, perangkap sampah itu dilihat tidak mempunyai sebarang fungsi jelas kerana kewujudannya menimbulkan masalah lain kepada penduduk.

Menurutnya, sebelum pembinaannya penduduk dapat tinggal dalam keadaan selesa tanpa perlu bimbang dengan keselamatan anak-anak yang bermain di luar rumah.

“Tetapi, sekarang tidak lagi kerana kita khuatir mereka bermain di tepi perangkap sampah berkenaan kerana perangkap sangat dalam dan dipenuhi air yang berbau busuk.

“Lokasi pembinaannya sangat tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan kawasan rumah penduduk. Lagipun budak selalu bermain bola sepak di kawasan ini. Kami takut sekiranya mereka berlari mengejar bola dan tergelincir ke dalam perangkap itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Kemat berkata, dia berharap pihak berkenaan dapat mencari jalan :penyelesaian berhubung masalah ini kerana pembinaannya menyusahkan penduduk, terutamanya yang tinggal di jalan 9 dan jalan 10.

Rosli Saaban, 50, pula berkata, setiap kali hujan lebat air dari perangkap sampah itu akan melimpah keluar ke jalan raya menyebabkan penduduk terpaksa menghidu bau busuk yang meloyakan.

“Bayangkan ini perangkap sampah yang mengumpul sampah. Jadi, bila hari hujan air akan melimpah keluar dan kadangkala boleh sampai ke kawasan rumah penduduk di sini.

“Kita pun tak tahu apa fungsinya kerana sebelum ini penduduk di sini, tidak pula berhadapan dengan masalah sistem perparitan atau masalah lain yang menyebabkan perangkap sampah ini perlu dibina,” katanya.

Selain itu, katanya, wujudnya perangkap sampah berkenaan turut mengundang pembiakan nyamuk Aedes dan tidak menghairankan jika terdapat kes demam denggi di kawasan itu.

“Pada waktu petang memang banyak nyamuk. Kita pun berasa risau dan bimbang nak biarkan anak-anak terus bermain,” katanya.

Seorang peniaga sayur, Sanif Johar, 55, berkata, keadaan longkang berhampiran perangkap sampah itu sebelum ini bersih dan airnya sentiasa mengalir deras.

Namun, katanya, sejak pembinaannya yang sudah hampir setahun, air sentiasa memenuhi longkang berkenaan dan keadaannya amat menjijikkan.

“Saya sudah berniaga di sini, 10 tahun dan saya dapat lihat perbezaan keadaan longkang ini apabila ada perangkap sampah dan tidak. Bagi saya ia memang tiada fungsi langsung.

“Pihak berwajib ada datang bersihkan, tapi mereka hanya bersihkan sampah sarap yang bertakung. Air kotor dan berbau busuk dibiarkan sahaja,” katanya.

Sanif berkata, sebelum ini air akan terus mengalir kelongkang besar tanpa sebarang masalah, namun sejak penggunaan sistem perangkap sampah, wujud masalah sistem perparitan.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa :Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Sikamat, Shariff Pasan berkata, masalah itu telah dimaklumkan kepada pihak berwajib dan tindakan telah diambil dengan membersihkannya.

“Masalah ini telah dibawa ke peringkat atasan dan bapa angkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Muhammad Razi Kail sendiri melawat lokasi bagi mengenal pasti masalah.

“Tidak dinafikan seminggu sekali pihak berkenaan akan datang dan membersihkannya. Tapi air sentiasa bertakung dan tidak mengalir dengan lancar. Sedangkan sebelum adanya perangkap sampah ini, masalah sistem pengairan tidak pernah berlaku,” katanya.

Shariff berkata, penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah pembiakan nyamuk Aedes kerana air sentiasa bertakung disebabkan keadaan sistem pengairan yang tidak baik.

Katanya, keadaan itu boleh menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berhampiran kerana terpakasa menghidu bau busuk setiap hari.

EAN9 HANGAT.

EAN9 KINI LEBIH HANGAT. 


GROUP          : BUAL BERSAMO WARIGH EAN9



                      
                        : KELAB FANATIK N9FA



APPLICATION : EAN9TALK 
UPDATE STATUS FACEBOOK ANDA MENGGUNAKAN EAN9TALK