Friday, May 13, 2011

Samseng guna Facebook rekrut ahli baru

2011/05/14

RAKYAT Malaysia menghabiskan masa paling banyak di Facebook, iaitu sembilan jam seminggu. Facebook juga laman sosial paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia yang mempunyai lebih 10 juta pemilik akaun itu. Jumlah ini dijangka melebihi 20 juta pada 2012. Pengguna Facebook di Malaysia juga paling aktif di dunia.

Menurut Agence France-Presse (AFP), kajian terbaru menunjukkan 7.5 juta daripada 20 juta pengguna Facebook di dunia berusia kurang 13 tahun dan sejuta daripada mereka pernah dibuli, diganggu atau diugut di laman sosial ini.

Kajian itu menunjukkan lebih lima juta pengguna Facebook berumur 10 tahun atau lebih muda. Kebanyakan mereka dibenarkan melayari Facebook tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih lima juta isi rumah di Amerika Syarikat pernah menjadi mangsa penyalahgunaan Facebook termasuk jangkitan virus, pencuri identiti dan buli.

Walaupun tidak ada statistik di Malaysia mengenai mangsa penyalahgunaan Facebook di Malaysia, hasil kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang mendapati lebih 80 peratus daripada 500 pelajar mempunyai akaun Facebook, termasuk yang berusia tujuh tahun.

Tinjauan mendapati 58 peratus responden mempunyai pengalaman menakutkan, menjijikkan atau membimbangkan menerusi internet. Ada kes gengster menggunakan Facebook sebagai platform untuk mengajak pelajar menjadi ahli. Mereka juga menganjurkan acara perlumbaan haram, menggunakan gambar selebriti terkenal untuk menarik perhatian orang lain mengunjungi laman sosial mereka.

Kumpulan ini biasanya menyasarkan pelajar sekolah menengah dan menawarkan perlindungan kepada pelajar yang menjadi ahli.

Berapa ramai antara mereka yang melayari internet di bawah pengawasan ibu bapa? Adakah keluarga mengetahui apa yang anak mereka melakukan di internet ataupun masalah anak menghadapi ketika menggunakan internet?
Ibu bapa perlu sentiasa mempertingkatkan pengetahuan isu semasa berkaitan keselamatan internet. Komputer dan perkhidmatan internet patut diletakkan di ruang terbuka, bukan di bilik tidur anak.

,b>YU KIN LEN,
Pusat Penyelidikan
dan Sumber Pengguna.

No comments: